Tuesday, June 30, 2009

Mahmoud Ahmadinejad

seorang pemimpin yang disegani buat masa kini

sebagai presiden negara Republik Islam Iran, beliau dengan tegasnya menentang keberadaan Negara israel di bumi Palestin dengan menggunakan peristiwa Holocaust sebagai alasan.

Holocaust, adalah peristiwa pembunuhan 6 juta orang yahudi di Jerman sewaktu pemerintahan nazi, antara persoalan yang dibangkitkan oleh beliau adalah :

- adakah peristiwa betul-betul terjadi? sekiranya perkara itu terjadi, maka pelakunya mesti dikenakan hukuman, di Eropahlah jawapan terhadap masalah itu, bukan di PALESTIN. sekiranya memang berlaku di Eropah, maka hukuman mestilah ditanggung oleh Eropah.

-mengapa negara-negara Eropah menyatakan komitmen bagi membela isreal? kenapa mesti tertubuh rejim yang merampas dan menjajah Palestin?

rakyat Palestin menjadi mangsa dan korban atas keberadaan negara israel yang ditubuhkan dan peristiwa holocaust digunakan sebagai alasan perampasan tanah, rumah oleh mereka terhadap rakyat Palestin. jika orang-orang Eropah merasa "berdosa" atas peristiwa Holocaust, maka israel mesti berada di Eropah, bukan di Palestin.

antara akhbar yang boleh dijadikan sebagai rujukan :
http://web.archive.org/web/20070927213903/http://www.iribnews.ir/Full_en.asp?news_id=200247

beliau juga pernah menghantar surat kepada rakyat Amerika, boleh dibaca dalam laman web berikut : http://edition.cnn.com/2006/WORLD/meast/11/29/ahmadinejad.letter/

terdapat banyak lagi penentangan yang dilakukan oleh beliau terhadap dunia barat termasuk penjanaan kuasa nuklear.

dalam pilihan raya baru-baru ini di Iran, kemenangan beliau dipersoalkan dan terdapat kekeliruan dalam masalah dalaman yang terdapat di Republik Islam Iran tersebut.

- terdapat pembunuhan yang terjadi dalam kekacauan yang terjadi di Iran. siapa yang melepaskan tembakan? askar-askar/ polis Iran ataupun AGEN-AGEN PERISIKAN negara LUAR yang sengaja ingin menimbulkan kontroversi di Iran?! bagaikan menyimbah minyak pada api yang sedang marak...

-adakah terdapat pengaruh-pengaruh kuasa luar yang bimbang dengan sifat kepimpinan yang luar biasa dibawa oleh Mahmoud Ahmadinejad? maka mereka tidak menginginkan kemenangan berpihak kepada beliau.

-kenapa israel diam membisu dengan kekacauan yang berlaku di Iran? bukankah merekalah yang paling gembira jika negara Iran kacau bilau kerana negara Iran merupakan ancaman kepada mereka? seperti lembu yang membuang najis ditengah jalan, kemudian buat-buat tidak tahu? seperti tangan yang melempar batu, kemudian sembunyikan tangannya?


sy sedih dengan keadaan negara Iran sekarang, hari ini pengiraan undi telah diadakan sekali lagi dan kemenangan berpihak sekali lagi kepada Mahmoud Ahmadinejad. sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Republik Islam Iran, saudara Islam kita. wallahualam~

p/s :

buku dibawah ini mungkin boleh dijadikan pedoman kepada kepimpinan yang dibawa oleh beliau. boleh dijadikan sebagai bahan bacaan untuk mengisi masa lapang. ^^,

-terdapat mcm2 ulasan tentang sifat kepimpinan beliau, latar belakang, surat beliau kepada Presiden George W. Bush, wawancara dengan majalah Jerman Der Spiegel tentang holocaust dan surat beliau kepada rakyat Amerika.

3 comments:

kartini said...

sy sedih dengan keadaan negara Iran sekarang, hari ini pengiraan undi telah diadakan sekali lagi dan kemenangan berpihak sekali lagi kepada Mahmoud Ahmadinejad.

kenapa??

p/s: nabila @ kak sau ada buku ni.. tak baca lg..

viss said...

better to read his background then u'll know who he is...he is somebody for irani~

Nazrul Amar Husin said...

sbnrnye baru2 ni ade pilihan raya kat iran, dan Ahmadinejad dah menang..kmdn Mir Hosein Mousavi mencetuskan propaganda yg mgatakan ade penipuan dlm pgiraan undi...

mmg kacau bilau sgt2 Iran baru2 ni...

scr teorikal, mybe ade 2 sbb penentangan :

1. ada rakyat xpuas hati dgn pemerintahan Ahmadinejad, mybe takut Iran akan disekat secara ekonomi oleh barat.

2. pgaruh kuasa barat yg xmahu Ahmadinejad berkuasa kat Iran. DAN kemungkinan lebih memihak kpd sbb yg ke-2...if tgk pada sejarah Iran, mmg ramai pemimpin "dibeli" barat utk menguasai negara Iran.

dan ramai berpendapat mmg "kuasa luar" yg masuk campur dlm pntadbiran Iran ni...dieorang mmg xsenang if ade negara Islam yg maju..wallahualam~

then...actly, Ahmadinejad not somebody for Iran's peoples only, but for muslim's peoples especially...huhu~

majority Iranies are syiah..including Ahmadinejad i think, not so sure...he is Ayatollah Ruhollah Khomeini follower...Imam Khomeini ni la yg membawa idea Republk Islam Iran dan merupakan Imam bagi penganut Syiah...try la bace buku tu..hehe

pjg sgt nk explain... T_T

tp dun worry, buku tu jus ttg sejarah dan sifat kepimpinan beliau je, mmg menarik...soal akidah, tepuk dada tanye ustaz @ ustazah yg lebih tahu...ahli sunnah dan syiah...wallahualam~

-mahasiswamedan- © 2008 Template by:
SkinCorner