Thursday, August 19, 2010

Dadahku

Ade mcm2 jenis dadah atas bumi ni...Perangsang (stimulants),Penekanan (Depressants),Hallucinogen, Ganja (Cannabis)n lain2 lagi...


knp manusia suke dadah? sbb khayal, bleh lupe mslh...rs terbang...same mcm rokok jgk...fuhhh


bile dah pekene dadah, perrrghhh...abes la der...melekat! =_="



Defense of the Ancients (DotA)



haaaa...ni "dadah" jenis baru ni...famous sejak beberapa tahun kebelakangan ni la...jenis Hallucinogen kot...haha...mmg khayal, melekat beb...aku pon dah xtau nk buat mcm mane, sampai ponteng kelas 1 minggu beb! haha! OWNING! RAMPAGE! xD




ponteng kelas sbb tak bgn tido sbnrnye...aisehmeng...main smpai subuh...kelas kul 8, mcm mane nk bgn???haiya...aku biasanya main dgn Afiq (housemate aku) n kawan2 aku di Malaysia kat Garena (www.garena.com)...mmg syok, coz bleh main dgn org lain...yg paling best bile bleh buli @ kill org lain...haha



syok beb! bile bleh kill dua skali gus dpt title double kill, if dpt kill 5 sekaligus, RAMPAGE! (1 team ade 5 org, so max 5 je la) Waaa...konpem org respect...GANAS! xD



nk jadi ganas tu la kne byk main, supaya jd PRO...wah3...nk PRO bkn senang bro, if kne buli, konpem kne kutuk NOOB (mmg malu ar)... haha..so kne main byk spy jadi PRO..



Aku saje je jadikan games sbg "dadahku", spt post aku sebelum ni la...tp xsangka cempedak menjadi nangka...teruk jgk rupenye...solat mmg agak oke la terjage coz subuh tak tinggal (kalau tak, ssh gile nk bgn subuh!) zzzz... >.<



orang cakap, DotA stand for (D)unia (O)rang (T)anpa (A)wek...hehe


tp game2 jugak beb, nikah keperluan jgk sbg manusia...hehe.. ;p



"menikah itu suatu ibadah, bahkan boleh mengelakkan fitnah Fahri" -Ayat2 cinta- xD



aku akan cube mempertahankan prinsip aku, tak kan ade hubungan special dengan wanita selagi aku belum bersedia untuk menikah...susah jgk nak jage sbnrnye coz dugaan tu bleh datang bile2...if aku xusha pempuan, pempuan usha aku...haha..."zzzz...poyo gile mamat ni"...aku tak cakap aku hensem pon, normal2 je aku ni.... belambak lagi mamat2 yang lagi hensem dari aku, tp nak wat camne, mmg kaum Adam skrg makin pupus.... haha



that's why i need my "drugs"...will makes me forget everything about other women except my beloved Ummie and my siblings....i love them so much... :))

ayat orang Kedah "biaq pi hang la" (dulu aku belajar kat Kolej MARA Kulim, so reti la ckp Kedah skit2)


ayat orang Ganu "mapuh gi mung la" (aku mmg pure ganu...hehe)




http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm



korang ade bace paper tak? Utusan Malaysia yang bulan 7 punye....perrggghhh...mantap gile rakyat Malaysia skrg beb! purata 1 hari 84 BAYI LAHIR TANPA BAPA...zzzz.. =_="



tu yang "termengandung"...if kes pakai "safety jacket"?? kes ringan2?? walawaaa...ntah berapa banyak kes zina kat atas muka bumi Allah SWT...sedapnye manusia ni membuat "amal" kat dunia ni.... >.<



per cer ni??? tepuk dade tanye iman la beb...aku bukan kuat beramal sgt, if ilmu ttg Islam dan tahap keimanan sedalam laut cine selatan, aku kat permukaan je kut...yg penting, aku tahu ape yang aku buat dan aku akan cube mempertahankannya...



semua tu bermula dgn "couple"...aku dah tak larat nak explain...aku ni pon kadang2 degil jugak, dah tau couple tu danger, tp ade timing rase nak couple jgk...sbb tu la post lepas aku jadi bengong lepas exam tu...sebelah hati kate nak carik "soulmate", sebelah lagi kate tak payah lagi...so, rase nak menyepak org la...haha



(aku dah delete post latest aku sbb aku rase mcm org bangang je...mmg bangang pon...bute hati...zzzz)


ade je orang yang bleh menghindar dari couple tanpa "dadah" bahaye mcm game ni...dekatkan diri dengan agama...yes, aku pon cube jugak...tp tu la...kdg2 bile tgh naik semangat tu, haaa....habes la, semua aku bedal...bile moral down...bute hati! T_T


my resident after i died : HELL


(hope Allah forgive all of my sins, insyAllah...otherwise, HELL yeah)

Friday, April 2, 2010

APCO dan ASERO

semua information pasal APCO dan ASERO boleh didapatkan dalam laman web berikut :

http://www.apcoworldwide.com/Content/aboutapco/affiliates.aspx

http://www.asero.com/content/ourteam/index.cfm?mmid=3&smid=4

http://www.asero.com/content/ourteam/yyerushalmi/

tengoklah siapa disebalik tabir syarikat-syarikat tersebut...saya hanyalah seorang mahasiswa...tidak terlibat secara aktif dengan politik negara, tapi saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti perkembangan negara...harap maafkan saya kepada pihak-pihak berkenaan.

tengok pada laman web ASERO, senior counselor syarikat tu semua israel dan u.s.a

saya hanya bingung, kenapa perkara ini boleh terjadi di Malaysia. saya sedih dengan keadaan negara Malaysia tercinta.

Tuesday, March 23, 2010

2-3 Tahun lagi kot... xD

aku layan BBF or BOF versi korea ni thn lps..hehe~ ;p

aku suke video ni coz Kim Bum n Kim So Eun mmg cute + somel sangat2...huhu

ni after 5 years story dieorg...tgk thn lps jgk kat youtube, tp baru nk share...layannn... zasss~ xD


video



"Love is violet light yearning to me"

aku suke violet light...huhu..kaklong aku pon suke...mase kaklong aku nikah bulan 12 baru2 ni pelamin dia pon warne violet light... ;))


hmm..then, aku penah dpt title "gay" coz aku xde awek...zZzzZz~

last2 aku mengskandalkan diriku dgn kawanku dari sekolah rendah n smpai skrg still kamcing, Rasydi Hilmie..hahaha

bile kiteorang buat gedix2, mesti terkeluar ayat "ade org mutoh ija jap g" [muntah yang berwarne hijau] kerana kegelian yang teramat...agagagaga~ =_="

apa2 pon, kami masih menaruh harapan kepada kaum hawa... ;))

tggu mase seswai je la....huhu

aku pon nk romantik2 jgk mcm Kim Bum tuh...tp nanti la~

have u met your soulmate? xD

Saturday, March 20, 2010

Lelaki Ini

Hmm…mcm lagu anuar zain plak tajuk post ni..hehe

Lagu tu mmg best pun… ;))

Semua org dah jelas kot dugaan bg seorang lelaki ni = harta, pangkat, kuasa, wanita


Tp bile dah ade harta, pangkat, kuasa…dugaan wanita mesti ada…if tiada harta,pangkat dan kuasa pun sama jugak…pokoknya wanita ni memang dugaan bagi seorang lelaki…dan lelaki ni juga dugaan bagi wanita…sama-sama la menghadapi dugaan ini wahai manusia….Allah nak tengok sehebat mana tahap keimanan kita sebagai hamba-Nya…


Pd peringkat aku ni, harta, pangkat dan kuasa mungkin masih belum mempengaruhi sangat…jd aku just nk ckp soal dugaan wanita….


Aku single…kawan-kawan kata aku memilih…nk yang cantek, yang lawa…adohai…mana ada…rupa tak kisah sangat, yang penting sejuk hati kita yang memandang sebab setiap orang ni ada citarasa tersendiri…so, jgn komen byk2 ye! ;p


“beauty is in the eyes of the beholder” ~~ ^^,


Cuma yang jadi masalah aku, bermula beberapa tahun lepas, aku membaca sebuah hadis dari Rasul SAW :


Ada seorang pemuda datang menemui Rasulullah dan berkata, “wahai Rasulullah! Izinkanlah aku berzina!”. Maka para sahabat pun marah. Namun Rasulullah berkata, “apakah kamu suka hal itu menimpa ibumu?”. Pemuda itu berkata, “tidak demi Allah. Allah jadikanlah aku sebagai tebusanmu.” Kemudian Rasul bersabda, “tiada seorang pun yang menginginkan hal itu menimpa ibu mereka”. Lalu baginda bertanya lagi, “apakah kamu suka hal itu menimpa anak perempuanmu?” pemuda itu menjawab, “tidak demi Allah. Allah jadikanlah aku sebagai tebusanmu. [hadis riwayat Ahmad]



Hadis ni ada lagi sambungannya, tp kesimpulannya tiada orang dalam dunia ni nak perkara tu terjadi pada keluarganya atau orang terdekat kecuali orang tu dah gila dan nak mati esok lusa. ZzzZZz~ =_=!


Kerana itu, untuk masa skrg, aku just cuba elakkan diri aku terlibat dari bercinta kerana~~



“love is an illusion and it will led u into an obsession. That’s love before u get married but if u’re married, that love will become a reality”


Obsession…bila bercinta mesti la ada rasa sayang, rindu dan macam-macam rasa yang ada. Bila dah rindu maka ingin berjumpa = berdating. Then mula la peranan SATANIC REACTION untuk bertindak. Tanpa disedari dah terjebak dengan ZINA. Bila dah sayang, macam-macam benda boleh jadi sampai lupa segala-galanya. *sigh*



Illusion…lama-lama bercinta, dah tiada topik hangat untuk dibicarakan, mula lah membicarakan soal anak, soal keluarga bahagia. Sedangkan itu hanyalah ilusi. Banyak novel, cerpen yang membicarakan soal bahaya cinta. Contohnya Mawar Berduri. Jelas menceritakan bagaimana manusia boleh terjebak dalam hal diatas… =_=”


Lastly, berbicara cara membuat anak. Then buat anak, buang tepi jalan. *Sigh*


Gaming Zone~



Ada orang cakap aku main game sebab aku keciwe…hoho…aku tak keciwe dgn sesapa pun…game tu hanyalah sebagai alat untuk ‘mengalihkan perhatian’ aku dari segala perkara yang boleh mengugat pendirian aku. Tak mahu terlibat dengan “illusion” dan “obsession” terhadap cinta.



Setiap manusia pasti ada masa sepi, terasa kosong. Tengok kawan-kawan dah nikah ataupun yang terjebak dengan “illusion & obsession”, jeles la pulak…aiyo…nk bercinta serba salah…bukan takda kaum hawa yang cuba mengenali aku, tapi aku akan katakan hal yang sama seperti diatas. Aku pulak kadang-kadang ada jugak buat gila nak bercinta, tapi bila ingat balik hadis tu, cancel balik... T_T



Bila main game ni, aku mencipta “illusion” baru yang menyebabkan “obsession” yang tidak melibatkan kaum hawa. Hehe. Aku sangat gembira kerana aku boleh mengetepikan kaum hawa dengan “illusion” dan “obsession” aku ni. *PEACE* ;))


Memang game ni buang masa dan tenaga, but as long as games can help me to avoid from illusion and obsession of LOVE, i’m very happy. Bcoz I’m scared of Rasul hadith. I don’t want that things happened to my family, my daughter.


Ramai remaja obses dengan kalimah “cinta”, ingin menyayangi dan disayangi, dan bagi yang pernah terluka, nasihat aku :


“As time goes by, the memory remains, but the pain dissipates”



Teruskan hidup, dan cuba elakkan “illusion & obsession” terhadap cinta sebelum sedia untuk bernikah. Lakukan sesuatu yang berfaedah. Games ni bukan berfaedah pun, cuma ni salah satu cara aku untuk elakkan diri dari kancah-kancah, konco-konco geng Satan Morroc. Kadang-kadang aku lalai sebab terlalu asyik dengan games. Orang kata, keluar dari hutan singa masuk sungai yang ada buaya. Tapi takpe la, buaya ni baik sikit dari singa tu kot. Hahahaha~ ;))


Fighting! ;p


Aku pun tengah mempraktikkan apa yang disebutkan oleh Rasul SAW. Aku cuba mengelakkan diri. I’m trying. Wallahualam~


p/s : tgk Heartbreak Library ekk! ;))

movie tu Lee Dong Wook & Eugene yang berlakon. Tentang jodoh. Percayalah

dengan jodoh. ;))

Wednesday, December 9, 2009

Aku

Kufur : aku memboikot, aku tidak suka, aku melawan, aku membenci apabila aku kehilangan sesuatu, apabila aku tak mendapatkan sesuatu yang aku inginkan. Padahal Sang Pencipta lebih Mengetahui apa yang terbaik utk diri aku. Setiap hari aku memakan rezeki Ilahi, menghirup udara kurnian Ilahi. Aku adalah hamba-Nya yang tidak bersyukur atas kurniaan-Nya yang tidak terbatas kepada hamba-Nya.

Munafik : aku bercakap tentang kebaikan, tentang Islam, tentang dunia akhirat, tetapi aku sentiasa melakukan dosa, maksiat terhadap Sang Pencipta. Padahal aku tahu DIA Maha Melihat, Maha Mengetahui.

Syirik : aku mensyirikkan Sang Pencipta kerana aku mengabaikan azan yang berkumandang, aku lebih mementingkan dunia. Padahal aku hanya bercakap hal kosong dgn kawan-kawan aku. Padahal aku hanya melayari internet, bermain games. Aku menduakan Sang Pencipta dengan urusan dunia aku, dengan nafsu aku yang semakin hari semakin tidak dapat dikawal. Nafsu terhadap dunia. Syirik yang ramai manusia tidak sedar. Menduakan Allah dgn makhluk, dgn benda. Kerana emas, Agama ditinggalkan, apabila disuruh menyembah PATUNG emas, TIDAK mahu. Tetapi tidak sedar bahawa diri ini hidup bertuhankan EMAS, DUIT, HARTA. Dunia semata-mata.


“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta” [20 : 124]

“Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan” [20 : 126]

Aku buta, aku buta, aku buta. Itulah aku.


My resident after i died : HELL



-mahasiswamedan- © 2008 Template by:
SkinCorner