Wednesday, December 9, 2009

Aku

Kufur : aku memboikot, aku tidak suka, aku melawan, aku membenci apabila aku kehilangan sesuatu, apabila aku tak mendapatkan sesuatu yang aku inginkan. Padahal Sang Pencipta lebih Mengetahui apa yang terbaik utk diri aku. Setiap hari aku memakan rezeki Ilahi, menghirup udara kurnian Ilahi. Aku adalah hamba-Nya yang tidak bersyukur atas kurniaan-Nya yang tidak terbatas kepada hamba-Nya.

Munafik : aku bercakap tentang kebaikan, tentang Islam, tentang dunia akhirat, tetapi aku sentiasa melakukan dosa, maksiat terhadap Sang Pencipta. Padahal aku tahu DIA Maha Melihat, Maha Mengetahui.

Syirik : aku mensyirikkan Sang Pencipta kerana aku mengabaikan azan yang berkumandang, aku lebih mementingkan dunia. Padahal aku hanya bercakap hal kosong dgn kawan-kawan aku. Padahal aku hanya melayari internet, bermain games. Aku menduakan Sang Pencipta dengan urusan dunia aku, dengan nafsu aku yang semakin hari semakin tidak dapat dikawal. Nafsu terhadap dunia. Syirik yang ramai manusia tidak sedar. Menduakan Allah dgn makhluk, dgn benda. Kerana emas, Agama ditinggalkan, apabila disuruh menyembah PATUNG emas, TIDAK mahu. Tetapi tidak sedar bahawa diri ini hidup bertuhankan EMAS, DUIT, HARTA. Dunia semata-mata.


“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta” [20 : 124]

“Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan” [20 : 126]

Aku buta, aku buta, aku buta. Itulah aku.


My resident after i died : HELL



-mahasiswamedan- © 2008 Template by:
SkinCorner