Monday, September 15, 2008

Cinta Itu Buta....

Cinta itu buta....pasti semua setuju... =)


Ingatlah.. cinta bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas haram dan halal juga. Dalam bercinta, betapa liciknya strategi mr. satan @ syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih. Orang yg berjumpa kekasihnya memberi alasan…alah, tak pegang-pegang pun. Orang yg pegang-pegang pula berkata, alah bukan berzina pun.. Orang berzina pula masih ada alasan… alah, tak ada la sampai PREGNANT. Seolah olah dia tak rasa bahawa apa yg dibuatnya tu salah. Inilah dikatakan pengaruh barat yg byk mempengaruhi & melemahkan umat Islam. Melalui “kapel”...


Dalam Islam ada beberapa perkara yg perlu disegerakan.. antaranya, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Itulah indahnya Islam, sebuah agama yg sangat2 lengkap, sesuai dgn fitrah, kejadian manusia yg sememangnya diciptakan oleh Allah S.WT. Concusionnya, ciri-ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Jika kita belum bersedia untuk berkahwin, maka janganlah mendekati “cinta”. Kerana byk kburukan drpd kebaikannya…


Allah jadikan diantara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya, dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat.


“elehhh, ko ni ckp senang la. Blah la. Ko igt senang ke nk melawan perasaan cinta ni??ko apa tahu??kan cinta tu anugerah Allah, n fitrah manusia untuk cinta dan dicintai”


Mmg betul mlawan fitrah, khendak hati & perasaan untuk disayangi dan menyayangi sgt lah susah. Ramai remaja-remaja yg kecundang, bkn stakat biasa-biasa, yg pegangan agama kuat pun boleh goyang. Tp inilah satu imtihan dari Allah utk menguji tahap keimanan hamba Nya. Cinta anugerah Allah, dan cinta yg Allah redhai adalah cinta sepasang suami isteri. Halal dan jauh dari lembah kemaksiatan, kelahiran ank luar nikah n kes buang ank(bayi yg tak berdosa), utk menjaga keturunan, n byk lagi nikmat dunia. Itulah keindahan Islam yg sejak kbelakangan ini sering persalahkan, dikatakan “lapuk”, “ketinggalan zaman”, n byk lagi tomahan dari umat Islam sendiri….


Islam itu indah, Islam is the way of truth.. alhamdulillah for being part of Islam.. The truth way from Allah S.W.T and our prophet, Muhammad S.AW…


sesetengah bhgn adalah rujukan drpd cerpen "mawar berduri"....

No comments:

-mahasiswamedan- © 2008 Template by:
SkinCorner