Tuesday, June 30, 2009

Mahmoud Ahmadinejad

seorang pemimpin yang disegani buat masa kini

sebagai presiden negara Republik Islam Iran, beliau dengan tegasnya menentang keberadaan Negara israel di bumi Palestin dengan menggunakan peristiwa Holocaust sebagai alasan.

Holocaust, adalah peristiwa pembunuhan 6 juta orang yahudi di Jerman sewaktu pemerintahan nazi, antara persoalan yang dibangkitkan oleh beliau adalah :

- adakah peristiwa betul-betul terjadi? sekiranya perkara itu terjadi, maka pelakunya mesti dikenakan hukuman, di Eropahlah jawapan terhadap masalah itu, bukan di PALESTIN. sekiranya memang berlaku di Eropah, maka hukuman mestilah ditanggung oleh Eropah.

-mengapa negara-negara Eropah menyatakan komitmen bagi membela isreal? kenapa mesti tertubuh rejim yang merampas dan menjajah Palestin?

rakyat Palestin menjadi mangsa dan korban atas keberadaan negara israel yang ditubuhkan dan peristiwa holocaust digunakan sebagai alasan perampasan tanah, rumah oleh mereka terhadap rakyat Palestin. jika orang-orang Eropah merasa "berdosa" atas peristiwa Holocaust, maka israel mesti berada di Eropah, bukan di Palestin.

antara akhbar yang boleh dijadikan sebagai rujukan :
http://web.archive.org/web/20070927213903/http://www.iribnews.ir/Full_en.asp?news_id=200247

beliau juga pernah menghantar surat kepada rakyat Amerika, boleh dibaca dalam laman web berikut : http://edition.cnn.com/2006/WORLD/meast/11/29/ahmadinejad.letter/

terdapat banyak lagi penentangan yang dilakukan oleh beliau terhadap dunia barat termasuk penjanaan kuasa nuklear.

dalam pilihan raya baru-baru ini di Iran, kemenangan beliau dipersoalkan dan terdapat kekeliruan dalam masalah dalaman yang terdapat di Republik Islam Iran tersebut.

- terdapat pembunuhan yang terjadi dalam kekacauan yang terjadi di Iran. siapa yang melepaskan tembakan? askar-askar/ polis Iran ataupun AGEN-AGEN PERISIKAN negara LUAR yang sengaja ingin menimbulkan kontroversi di Iran?! bagaikan menyimbah minyak pada api yang sedang marak...

-adakah terdapat pengaruh-pengaruh kuasa luar yang bimbang dengan sifat kepimpinan yang luar biasa dibawa oleh Mahmoud Ahmadinejad? maka mereka tidak menginginkan kemenangan berpihak kepada beliau.

-kenapa israel diam membisu dengan kekacauan yang berlaku di Iran? bukankah merekalah yang paling gembira jika negara Iran kacau bilau kerana negara Iran merupakan ancaman kepada mereka? seperti lembu yang membuang najis ditengah jalan, kemudian buat-buat tidak tahu? seperti tangan yang melempar batu, kemudian sembunyikan tangannya?


sy sedih dengan keadaan negara Iran sekarang, hari ini pengiraan undi telah diadakan sekali lagi dan kemenangan berpihak sekali lagi kepada Mahmoud Ahmadinejad. sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Republik Islam Iran, saudara Islam kita. wallahualam~

p/s :

buku dibawah ini mungkin boleh dijadikan pedoman kepada kepimpinan yang dibawa oleh beliau. boleh dijadikan sebagai bahan bacaan untuk mengisi masa lapang. ^^,

-terdapat mcm2 ulasan tentang sifat kepimpinan beliau, latar belakang, surat beliau kepada Presiden George W. Bush, wawancara dengan majalah Jerman Der Spiegel tentang holocaust dan surat beliau kepada rakyat Amerika.

Wednesday, June 24, 2009

ummie = mokku mimoh

ummie, seorang wanita yg tabah. seorang ibu yang penyayang. sangat mengambil berat pada anak-anak beliau. seorang yg sensitif. ^^,

itulah ummie sy yang selama pemergian arwah walik semenjak 9hb 1 2004, beliau dgn susah payah membesarkan 7 orang anaknya.

"Paradise lies at the feet of mothers." In other words Paradise awaits those who cherish and respect their mothers.



cooking~


discussions~


cute x? hehe~ (she's happy-go-lucky person) =p

rumahku syurgaku~


"And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) "Ugh" nor chide them, and speak to them a generous word. And make yourself submissively gentle to them with compassion, and say: O my Lord! Have compassion on them, as they brought me up (when I was) little." Noble Qur'an (17:23-24)


kadang-kadang kita lupa, bercakap kasar dengan ibubapa. sedangkan suatu hari nanti kita akan menjadi ibubapa juga. sama-sama la kita mengubah diri jika selama ini kita pernah melakukan kesilapan kepada ibubapa kita... ^^,

jika kita sedang melakukan solat sunat, tiba-tiba ibu kita memanggil nama kita, apa yg harus kita lakukan? setakat yg saya tahu, tinggalkan solat sunat buat sementara dan sahutlah panggilan ibu kita, kecuali solat wajib. kerana solat sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja...

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father


keratan lirik dari lagu "your mother"


sekian~ ^^,

Tuesday, June 16, 2009

11 Jun 2009

yesss...balik!!!

sangat2 lega dapat memijak bumi Malaysia memandangkan keadaan di Indonesia bergolak dengan kes Manohara, perairan Ambalat, pembantu rumah yang kena dera...aiseh... T_T

really2 hope 1 month later all things settle down and all of my friends n i can continue our studies wit peace, no war...wakakaka =p



airport polonia, medan





sblm berangkat : dari kiri, amar, timoh, adib, salman




here we are in subang!

yes! we're home safely without having a fight with indonesian! hehehehe

lets us pray tat 1 month later all things will settle down... =(
-mahasiswamedan- © 2008 Template by:
SkinCorner