Thursday, October 23, 2008

Kehidupanku...

Nama diberi Nazrul Amar dan skrg sy sedang belajar di Universitas Sumatera Utara dalam dentistry. Sbnrnya agak berat juge utk menulis @ berkongsi artikel-artikel Islami dgn kwn-kwn sekalian sbb sy ni lemah juga dan selalu melakukan kesilapan…

Segala yang ada dalam hidupku..
Kusadari semua milikMu..
Ku hanya hambaMu..
yang berlumur dosa..

Tunjukkan aku jalan lurusMu..
Untuk menggapai SurgaMu..
Terangiku dalam setiap langkah hidupku..
Karena...Kutahu...Hanya Engkau..Tuhanku..
Allahu Akbar..
Allah Maha Besar..
KumemujaMu di setiap waktu..
Hanyalah padaMu..
Tempatku berteduh..
Memohon ridho dan ampunanMu..
Tunjukkan aku jalan lurusMu..
Untuk menggapai SurgaMu..
Terangiku dalam setiap langkah hidupku..
Karena..Kutahu..Hanya Engkau..
Tuhanku...
Allahu Akbar..
Allah Maha Besar..
KumemujaMu di setiap waktu..
Hanyalah kepadaMu..
Tempatku berteduh..
Memohon ridho dan ampunanMu..
Allahu Akbar..
Allah Maha Besar..
KumemujaMu di Setiap Waktu..

Sentiasa berlumurkan dosa. Itulah sy, Nazrul Amar. Sebaik-baik mane manusia, sekuat-kuat mane manusia takkan dpt bertahan dlm dunia skrg, dunia serangan pemikiran atau Ghazwul Fikri. Sangat hebat, kuat dan kukuh serangan ini kpd manusia terutama umat Islam. Smoke, sport, scene/film, sex dan song adalah bentuk-bentuk serangan kpd kita, umat manusia akhir zaman. Sy juga tidak terlepas daripada Ghazwul Fikri ini....

Tp manusia ini tidak akan kekal, akan sampai suatu saat kita akan meninggalkan dunia ini dan sy pernah kehilangan orang terpenting dan tersayang dlm hidup sy, iaitu arwah ayah(sy panggil walik). Dihadapan sy, Mak Teh dan kaklong sy di Hospital Besar Kuala Terengganu, jam 11 mlm, 9 januari 2004....

Ghazwul Fikri….ramai lepasan-lepasan sekolah agama, malah maahad pun terkena tempiasnya, apatah lagi sy yg mmg berasal dari sekolah harian biasa sahaja dan kurang pengetahuan dlm agama. Selalu lalai dgn keasyikan dunia. Slps sy berjaya msk ke Kolej MARA Kulim untuk program matrikulasi, byk perubahan yang berlaku, walaupun masih cetek pengetahuan dlm agama, tp di situlah sy mengenal HALAQAH yg dibawa oleh mahasiswa USM. Akhi Abg Abu Hanifah.

HALAQAH…ramai remaja “fobia” dgn halaqah atau usrah, sy pun sama seketika dulu. Peringatan kpd kwn-kwn dan org sekeliling, inilah “halaqah” atau “usrah” supaya kita tidak leka dgn dunia yg bersifat sementara ini. Cubalah kita sama-sama manfaatkan halaqah utk kita menghadapi Ghazwul Fikri ini.

p/s : kpd kwn-kwn sy, jika nampak ada kesilapan yg sy lakukan, tegur la neh. Tp jgn teguran secare ganas2 ngat neh…tkt kecik hati plok nati…hehe..insyAllah sy akan menerima… ^^

Monday, October 20, 2008

Teman dan Sahabat

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..
-mahasiswamedan- © 2008 Template by:
SkinCorner